Kamis, 23 Maret 2023

Kisah Laila Majnun

 


Menurut riwayat Syeikh Nizami (1141-1209), kisah ini begitu masyhur dalam kebudayaan Arab. Suatu cerita epic yang diulang baca. Kalau nak dibandingkan dengan era kita, seperti Romeo & Juliet.


Majnun bermakna orang gila (مجنون)


Dalam kisah ini ia merujuk kepada Qays bin Al-Mulawwah. Seorang anak kepada ketua kabilah Amir iaitu Syed Omri. Dia dianggap gila akibat mabuk cinta kepada seorang gadis bernama Laila Al-Amiriyah, bunga pilihan kabilah Qathibiyah. Percintaan mereka berlangsung di zaman Daulah Umawiyah.


Berikut ialah hikayat Laila Majnun secara ringkas:


Perasaan antara mereka bertunas ketika mereka belasan tahun. Laila dan Qais belajar di madrasah yang sama. Kesantunan dan kecantikan Laila mencuri hati Qais. حب (cinta) yang muncul bagaikan حبة (benih) tumbuh pantas. Sebaik saja ia mekar, harumnya tak sempat mennyapa alam. Sayangnya gosip tentang hubungan mereka diketahui orang ramai. Hal ini sampai ke telinga ibu ayah Laila. Lantas hubungan mereka diputuskan. Hal menjadi lebih buruk bila desas-desus mengatakan Qais telah menjadi gila. Keluarga Laila lalu memutuskan untuk berpindah ke lembah Nejd.


Ayah Qais menghantar rombongan meminang Laila, tetapi ditolak. Alasannya: Qais orang gila. Bagi bani Qathibiyah, ia bakal mencalar maruah. Bukankah di dunia ini adat lebih berharga daripada jiwa manusia.


Qais membawa diri ke gurun sahara dan hutan belantara. Menyisihkan diri berbekal hati yang lara. Syed Omar berkali-kali cuba memujuk Qais dengan menawarkan gadis lain yang lebih baik. Segalanya telah terlambat. Hati Qais sudah menjadi milik Laila.


Sedangkan sahabat Qais sendiri, Naufal berusaha mendapatkan Laila dengan jalan peperangan tetap tidak berjaya. Kesedihan Qais todak terawat.


Laila dipaksa kahwin dengan Ibnu Salam, seorang bangsawan pilihan keluarga Laila. Meskipun jasad Laila milik Ibnu Salam, tetapi hati Laila masih milik Majnun. Kekecewaan yang membarah dalam hati Laila semakin parah. Hari hari yang dilalui tidak lagi bererti. Laila akhirnya meninggal dunia akibat patah hati.


Pemergian Laila ke alam abadi sampai ke pengetahuan Qais. Dia berteriak menuju ke kubur Laila. Tangisnya pecah. Dalam sendu ia berdoa moga Allah menarik nyawanya, supaya ia dapat bersama Laila di akhirat. Doanya diperkenan. Tidak lama kemudian, Qais jatuh sakit. Dia lalu menyusul Laila meninggalkan dunia yang sementara ini.


Demikianlah pengakhiran hikayat Laila Majnun.


Beberapa peristiwa terakam, menggambarkan betapa dalam cinta Qais kepada Laila:


Momen & Puisi Laila Majnun


•Disebutkan seorang raja arab mendengar cerita tentang hubungan Laila dan Qais. Raja yang memiliki kehebatan dan kefasihan lidah dalam berbicara, merasa terhina. Dengan marah, dia memutuskan pergi ke gurun. Dia memerintahkan agar Majnun dibawa ke hadapannya. Setelah melihat muka Majnun, dia mulai menyalahkan dan bertanya cacat apa yang dia temukan pada jiwa manusia, sehingga dia bersifat seperti binantang dan meninggalkan kumpulan manusia.


Majnun menjawab, “Beberapa orang menyalahkan aku kerana mencintai Laila. Jika mereka melihatnya suatu hari nanti, maka mereka akan memahami keadaanku?”


Raja lalu ingin bertemu dengan Laila, yang kecantikannya mendorong Qais untuk melakukan kekacauan. Seketika dia menyuruh pasukannya untuk mencari Laila. Mereka mengunjungi beverapa perkampungan Arab, sampai alhirnya menemukan Laila. Pasukannya menyampaikan perintah raja, lalu Laila dibawa menuju balairung istana. Raja memperhatikan pakaian luar Laila selama beberapa saat. Gadis ini tampak menyedihkan, bahkan wanita simpanannya yang paling sederhana pun mampu mengalahkan kecantikan Laila.


Majnun faham dengan apa yang difikitkan raja lalu berkata,


“Sebaiknya Tuan melihat kecantikan Laila dari kacamata Majnun, sehingga rahsia daya tarikannya akan mampu Tuan ketahui.”


Akan tidak berguna

Membicarakan lebah kepada seseorang

Yang selama hidupnya

Belum pernah merasakan sengatan.


•Suatu hari Qais datang ke kota Laila tinggal. Ia mengucup tembok kota tersebut. Orang ramai bertanya, mengapa ia mengucup batu. Jawab Qais, “ia bukan tentang tembok kota ini, tetapi ia tentang orang yang tinggal di dalamnya, kekasihku Laila.”


Kerinduan yang mendalam memaksanya sanggup menghinakan diri. Keluarga Laila menghalang mereka dari bertemu. Jika wajah Qais dikenali pasti dia dihalau. Maka Qais menyamar dengan memakai pakaian pengemis. Penampilannya kini tampak hodoh. Sepanjang perjalanan ke rumah Laila, budak-budak nakal membaling batu kepadanya. Apa yang Qais lakukan hanyalah bersabar sambil melantun puisi merindui Laila.


Duhai, betapa besar bahaya 

Yang menghalang agar

Dapat berjumpa denganmu

Kukorbankan semua yang aku miliki

Kuubah diriku,

Hingga engkau pun tidak mengenaliku

Ku hayunkan langkah dengan titis air mata


Duhai Laila, 

Tak mampu ku tahan aurmata yang menitis

Kasihanilah kelemahanku

Kerana begitu berat penderitaanku


Mendengar syair ini, Laila segera keluar rumah. Bila melihat pengemis di hadapannya, dia hampir tidak mengenali Qais. Tapi saat memperhatikan air mata yang menitis, sedarlah Laila, bahawa lelaki yang berdiri di hadapannya adalas Qais.


“Duhai kekasih hatiku, betapa sedihnya masa mudamu, apa sesungguhnya yang telah menimpamu? Mengapa engkau tidak berkasut dan menyamar sebagai pengemis? Mengapa engkau menangis?” Tanya Laila.


“Seandainya bukan kerana engkau, tak sudi aku mengemis, berjalan tidak berkasut dari pintu ke pintu. Engkau berkata padaku, betapa kasihan masa mudaku. Apakah engkau tidak tahu, aku menangis bukan kerana menderita, melainkan kerana dirimu? Dalam hidup ini aku hanya menginginkan kebaikanmu. Jika seandainya kehidupanku dapat memuliakan dirimi, maka aku rela menyerahkan nyawaku,” kata Qais.


•Suatu masa, seorang lelaki melaungkan nama Laila. Mendengarkan ini, Qais tiba-tiba jatuh pengsan.


Setelas Qais sedar, dia lalu melantunkan syair ini:


Seseorang memanggil-manggil namamu 

Saat kami berada di lereng bukit Mina

Mendengar namamu

Bergoncanglah hatiku kerana sedih

Duhai lelaki itu tidak mengetahui

Betapa suci namamu

Mengapakah dia memanggil

Nama Laila dengan seenaknya

Apakah dia tidak tahu

Dengan menyebut namamu

Bererti dia menerbangkan seekor butung yang

Telah bersarang di hatiku

0 comments:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More