Minggu, 30 April 2023

Apa Yang Perlu Dilakukan Pada Orang Yang Mencela Diri Kita?


 Apa yang perlu dilakukan 

pada orang yang mencela diri kita?

Allah swt berfirman kepada Rasulullah sawa: 

وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ 

Dan bersabarlah terhadap apa yang 

dikatakan oleh mereka (yang menentangmu).

وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا.

Dan jauhkanlah dirimu dari 

mereka dengan cara yang baik.

Apakah maksud menjauhkan diri dengan 

cara yang baik? Yakni selain daripada 

kamu menjarakkan diri daripada mereka, 

jangan tunjukkan tindak balas 

yang bersama dengan kemarahan. 

Sebagai contoh ketika 

kau melihat mereka sedang berkata 

sesuatu yang buruk dan mencela dirimu, 

laluilah tempat itu dengan tenang 

seolah-olah kau tidak mendengarnya. 

Para mufassirin berkata: 

Pada masa kamu menjauhkan diri dari mereka, perbuatan kamu ini juga tidak menghalang 

kamu untuk menasihati, membimbing dan memberi hidayah kepada mereka. Ketika kamu melihat mereka berkata sedemikian alihkanlah dirimu sedikit tetapi dengan cara yang baik. 

Terdapat satu syair yang dinisbahkan 

kepada Imam Ali as yang mana kandungannya sangat dekat dengan ayat ini: "Aku melalui 

seorang manusia hina yang sedang mencelaku, 

kemudian aku lalu di suatu tempat 

aku berkata dia tidak maksudkan diriku 

(tentang apa yang dikatakan). 

Ini dikatakan hijrah yang baik. 

Menjauhi dari itu supaya tidak melanggar 

garis merah dan juga tidak menunjukkan 

tindak balas yang bersama kemarahan. 

Sebagai contoh kamu lihat anakmu 

berbicara dengan kata-kata kesat kepadamu, 

jika kamu berdiri dihadapannya 

maka akan terjadi kebiadapan. 

Kamu bersikaplah seperti tidak mendengar kata-katanya supaya tidak melebihi garisan 

merah diantara kamu (ayah) dan anakmu. 

Alihkanlah dirimu, 

jauhilah daripadanya 

tetapi dengan cara yang baik.  

Seolah-olah perkara ini 

tidak terjadi, tidak mendengarnya 

dan tidak tujukan pada dirimu sendiri. 

Inilah makna وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا, 

jauhilah daripada mereka dan jangan 

tujukan kata-kata itu kepadamu supaya 

selepas ini kamu boleh menasihati, 

membimbing dan menghidayahkan mereka lagi.

0 comments:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More