Minggu, 30 April 2023

Perkataan Orang Seperti Batu Besar

 


Perkataan orang-orang itu tak ubahnya 

seperti tumpukan batu-batu besar

Antara engkau jadikan beban, 

sehingga dirimu rapuh dan lemah

Atau engkau jadikan menara pijakan, 

sehingga engkau menang dan berhasil.

****************


Apa yang perlu dilakukan 

pada orang yang mencela diri kita?

Allah swt berfirman kepada Rasulullah sawa: 

وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ 

Dan bersabarlah terhadap apa yang 

dikatakan oleh mereka (yang menentangmu).

وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا.

Dan jauhkanlah dirimu dari 

mereka dengan cara yang baik.

Apakah maksud menjauhkan diri dengan 

cara yang baik? Yakni selain daripada kamu menjarakkan diri daripada mereka, jangan tunjukkan tindak balas yang bersama dengan kemarahan. Sebagai contoh ketika kau melihat mereka sedang berkata sesuatu yang buruk 

dan mencela dirimu, laluilah tempat itu dengan tenang seolah-olah kau tidak mendengarnya. 

Para mufassirin berkata: 

Pada masa kamu menjauhkan diri dari mereka, perbuatan kamu ini juga tidak menghalang 

kamu untuk menasihati, membimbing dan memberi hidayah kepada mereka. Ketika kamu melihat mereka berkata sedemikian alihkanlah dirimu sedikit tetapi dengan cara yang baik. 

Terdapat satu syair yang dinisbahkan kepada Imam Ali as yang mana kandungannya sangat dekat dengan ayat ini: "Aku melalui seorang manusia hina yang sedang mencelaku, 

kemudian aku lalu di suatu tempat aku berkata 

dia tidak maksudkan diriku (tentang apa yang dikatakan). Ini dikatakan hijrah yang baik. 

Menjauhi dari itu supaya tidak melanggar 

garis merah dan juga tidak menunjukkan 

tindak balas yang bersama kemarahan. 

Sebagai contoh kamu lihat anakmu berbicara dengan kata-kata kesat kepadamu, jika kamu berdiri dihadapannya maka akan terjadi kebiadapan. Kamu bersikap seperti tidak mendengar kata-katanya supaya tidak melebihi garisan merah diantara kamu (ayah) dan anakmu. 

Alihkanlah dirimu, jauhilah daripadanya 

tetapi dengan cara yang baik.Seolah-olah 

perkara ini tidak terjadi, tidak mendengarnya 

dan tidak tujukan pada dirimu sendiri. 

Inilah makna وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا, 

jauhilah daripada mereka dan jangan tujukan kata-kata itu kepadamu supaya selepas ini 

kamu boleh menasihati, membimbing 

dan menghidayahkan mereka lagi.

0 comments:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More